Sistem KEJARA Baharu

PERHATIAN

Sistem KEJARA baharu telah diperkenalkan dan menurut maklumat yang diberi oleh calon yang telah mengambil ujian, ujian sebenar KPP telah ditukar ke sistem KEJARA baharu. Soalan mengenai sistem KEJARA dalam set soalan aplikasi KPP01 adalah mengikut maklumat baharu. Walau bagaimanapun, terdapat segelintir calon yang mengatakan ujian sebenar masih menggunakan sistem KEJARA lama. Untuk mendapatkan kepastian, anda boleh menghubungi sekolah memandu anda.

SISTEM KEJARA (Baharu)

Sistem KEJARA = “SISTEM KESELAMATAN JALAN RAYA”

Kesalahan Mata demerit: Pemandu kenderaan motor selain kenderaan barangan dan bas Mata demerit: Pemandu kenderaan barangan dan bas
Menjaga suatu kenderaan motor semasa berada di bawah pengaruh minuman yang memabukkan atau dadah 10 10
Memandu atau menjaga suatu kenderaan motor dengan kepekatan alkohol melebihi had yang ditetapkan 10 10
Memandu dengan tidak cermat dan tidak bertimbang rasa 10 10
Gagal mengadakan spesimen nafas bagi ujian nafas apabila dikehendaki berbuat demikian oleh pegawai polis 10 10
Gagal mengadakan spesimen nafas bagi ujian nafas atau spesimen darah atau air kencing bagi ujian makmal apabila dikehendaki berbuat demikian oleh pegawai polis 10 10
Memandu kenderaan barangan yang membawa muatan yang boleh mendatangkan bahaya atau mungkin mendatangkan bahaya 10
Memandu kenderaan barangan yang membawa muatan yang menjulur melebihi bahagian belakang, hadapan atau tepi kenderaan barangan tanpa kebenaran terdahulu Ketua Pengarah 10
Memandu kenderaan barangan dengan muatan yang terjatuh atau dengan tumpahan daripada kenderaan barangan 10
Memandu kenderaan barangan yang tidak sesuai yang menyebabkan atau boleh menyebabkan bahaya 10
Gagal atau mengabaikan arahan pegawai polis, pegawai pengangkutan jalan atau warden lalu lintas dalam mengawal selia lalu lintas 4 6
Orang yang memandu atau mendorongi kenderaan motor yang gagal atau mengabaikan mematuhi isyarat lalu lintas yang berikut:
a. isyarat merah 4 6
b. isyarat berhenti pada simpang jalan 4 6
c. isyarat had laju, dengan-
  1. melebihi 40 km sejam
4 6
  1. melebihi 25 km ke 40 km sejam
3 5
  1. melebihi 1 km ke 25 km sejam
2 4
Gagal mematuhi isyarat merah 4 6
Melebihi had laju yang dikenakan pada sesuatu kenderaan:
  1. melebihi 40 km sejam
4 6
  1. melebihi 25 km ke 40 km sejam
3 5
  1. melebihi 1 km ke 25 km sejam
2 4
Memotong kenderaan di garisan berterusan 4 6
Memandu kenderaan barangan dengan melebihi had maksimum berat dengan muatan yang dibenarkan 6
Membawa orang dalam kenderaan perkhidmatan awam melebihi bilangan yang ditetapkan dalam lesen atau perakuan kenderaan perkhidmatan awam 6
Memandu, menunda, menolak atau meninggalkan tanpa berjaga suata kenderaan di lorong kecemasan 4 6
Memotong kenderaan motor di sebelah kiri 4 6
Gagal memberi laluan kepada kenderaan yang diberi keutamaan 3 5
Menggunakan atau cuba untuk menggunakan telefon bimbit atau apa-apa kelengkapan komunikasi lain tanpa melalui suatu alat bebas tangan semasa memandu 3 5
Memandu kenderaan barangan atau kenderaan perkhidmatan awam secara berterusan di lorong paling kanan 4
Memandu kenderaan motor tanpa memakai tali pinggang keledar mengikut cara yang dikehendaki oleh jenis dan binaan tali pinggang keledar itu 3 3
Memandu motosikal tanpa memakai topi keledar mengikut cara yang dikehendaki oleh jenis dan binaan topi keledar itu 2 2

  • Bagi pemandu Lesen Percubaan yang telah mengumpulkan 20 atau lebih mata demerit, Lesen Percubaan akan dibatalkan.
  • Pemotongan mata demerit tidak melebihi 50% boleh diberikan jika
    1. Tidak melakukan kesalahan terjadual dalam tempoh 12 bulan
    2. Tiada kesalahan tertunggak ATAU
    3. Hadir kursus permulihan dengan jayanya